Pages

Thursday, May 26, 2011

Tukar Jantina???



Sedang aku menonton berita semalam aku terkejut sebab ada kes seorang lelaki yang sudah tukar jantinanya memohon kepada mahkamah untuk menukar namanya.. Astaga.. Dah la tukar jantina ni haram sebab mengubah ciptaan Allah.. Tapi yang lawaknya dalam tv tu siap pakai tudung lagi.. Kalau dia free hair pn xkn dapat dosa sebab dia LELAKI..



Pelik sungguh dunia sekarang.. Mungkin ini salah satu tanda kiamat.. Memang sekarang ini dah banyak benda benda macam ni.. Tapi golongan seperti ini tidak berani bersuara.. Cuma sekarang ni mereka berani bersuara menuntut hak mereka.. Ini semua akibat pengaruh dengan barat yang terang terangan menghalalkan golongan seperti ini dalam undang2 mereka..





KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. –Harian Metro

2 comments:

Mak Esah said...

Astarghfirullahalazim.. Sampai macam tu sekali.. Tapi kalau permohonan dia diluluskan, memang sangat teruk la.. Huhu..

faisalsz said...

hehe.. matlamat x menghalalkan cara.. haram ttp haram..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...