Perempuan ni kadang kadang tak sedar sama ada percakapan atau perbuatan mereka boleh menyebab kan si lelaki merajuk.. Lumrah manusia lelaki juga mempunyai hati dan perasaan.. Pada dasarnya lelaki memang susah untuk merajuk.. Lelaki hanya akan mudah merajuk apabila orang yang paling disayanginya melukakan hati dia.. Cara lelaki merajuk tetap cool berbanding dengan perempuan.. Lelaki tidak akan melenting sesuka hati.. Kecuali bila hati dia tengah serabut dan si perempuan ni pulak tak abis abis nak marah dan menyalahkan dia memang dia boleh melenting..
Antara tanda-tanda bila lelaki merajuk
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Kadang kadang lelaki berdiam diri untuk meredakan keadaan yang tegang.. Pernahkah perempuan terfikir??
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Sikap seperti ini menunjukkan dalam diri dia sedang memujuk hatinya sendiri.. Pernahkah perempuan terfikir??
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa dengan aweks atau face to face dengan aweks dia. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi"...tp sbenarnye snggup tahan lpr... Sikap seperti ini menunjukkan sikap yang wujud semulajadi pada diri lelaki iaitu EGO.. Semua lelaki mempunya ego yg tinggi.. Jadi jangan salahkan lelaki.. Pernahkah perempuan terfikir??
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling aweks dia geram. Dah lah tak nak cakap ngan aweks dia dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia). Ini lumrah bila lelaki merajuk.. Sebenarnya dia nak tengok aweks dia sanggup bersabar dengan kerenah dia atau tidak.. Pernahkah perempuan terfikir??
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. konon xnk bercakap ngan kita laaaa... Ini satu lagi sikap ego lelaki.. Lelaki ni dia nak sembunyikan perasaan dia.. Bukan hanya baca surat khabar.. Macam macam benda lagi yang lelaki akan buat untuk sembunyikan perasaan dia.. Pernahkah perempuan terfikir??
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Perempuan jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kerana confirm dia akan buat dek je! Bila lelaki merajuk akan terserlah ego dia.. Tapi salah perempuan gak sebab bila dah ada kat rumah tak mau nak pujuk.. Berleter lagi ada la.. Lebih baik keluar mengubat hati.. Pernahkah perempuan terfikir???
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! Dah memang betul.. Lelaki suka menyendiri bila merajuk.. Kelebihan lelaki adalah lelaki mempunyai kekuatan untuk memujuk diri sendiri.. Walaupun lelaki boleh pujuk diri sendiri perempuan jangan pulak tak berusaha untuk pujuk lelaki.. Bila hati lelaki dilukai perbuatan yang pertama adalah untuk menenangkan diri dan menghiburkan hatinya.. Mungkin dia akan pergi ke tempat tempat yang dia rasakan boleh meredakan hatinya.. Pernahkah perempuan terfikir??
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun... Yang ni biasa la.. Bila hati tengah panas lepas geram kat batang rokok tu la.. :)
Bila lelaki dah merajuk, perlu ke perempuan pujuk?







0 comments:
Post a Comment