Pages

Wednesday, May 25, 2011

Jom Cari Kerja!!!



Aku rasa sekarang macam dah jadi musim orang cari kerja.. Padahal memang sejak dari dulu lagi ramai penganggur tengah cari kerja.. huhu.. Maybe aku je yang rasa kowt sebab ramai sudaa kawan kawan aku yang grad.. Mesti best kan.. Aku ni bila la nak habis belajar pun tak tau le.. Tahniah untuk semua kawan kawan aku yang dah grad…




Orait.. Kat sini aku just nak share dengan kawan kawan aku yang dah grad tu dan juga untuk sesiapa jua yang sedang mencari kerja.. Kat sini aku nak bagi tips sikit la.. Sikit je.. Bukan banyak..

First thing yang anda semua kena buat mesti la cari kerja kan.. Tengok advertisement, usha usha website ke, paper ke, ataupun dari sumber sumber lain..  Nak pilih kerja tu tengok la dulu requirement dia.. jangan maen apply je.. Apply je sebanyak mana yang anda suka.. Yang penting apply.. Antara contoh website yang mengiklankan tawaran kerja ialah http://carikkerja.blogspot.comhttp://malaysiancareer.com/http://jawatankosongkerajaan.my/,  http://www.jobsmalaysia.gov.my, http://www.jobstreet.com.my dan banyak lagi... 

And then, masa nak apply tu kalau boleh anda prepare siap siap la resume anda tu.. Nak tau format resume anda cari sendiri la kat internet tu.. Kalau nak panduan untuk buat resume klik je kat link bawah ni..



Bila anda sudah mendapat feedback yang meminta anda menghadiri temuduga semestinya anda suka bukan?? Suka tu suka juga.. Tapi kena buat preparation betol betol.. Ini tips untuk menghadiri temuduga.
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.

  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.

  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.
Pakaian yang patut anda pakai semasa temuduga.. Sila lihat contoh di bawah..



Nak tau lebih lanjut sila masuk website ni.. http://www.ambang-kerjaya-impian.com

SEMOGA BERJAYA!!!!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...