Pages

Wednesday, May 18, 2011

Fenomena JUVANA



Drama Juvana sekarang ni yang ditayangkan setiap isnin malam di TV3 ni aku rasa dah jadi macam satu fenomena baru. Pada mulanya aku memang tak amek 'port' sangat drama drama bersiri macam ni. Tapi bila aku dengar ramai kawan² asyik menyebut tentang drama tu aku pun 'start' lah layan.. First time aku tengok drama tu pun masa tu dah masuk episod ketiga dah. Start dari situ lah aku dah jadi macam syok dan tak sabar sabar menunggu episod akan datang. 

Aku pernah terbaca (tak pasti dalam internet ke dalam paper) orang kata citer Juvana ni menggalakkan peningkatan kes buli di sekolah. Tapi bagi aku kita patut ambil dari sudut yang positif. Contohnya pelajar pelajar yang melakukan jenayah tidak akan terlepas dari menerima hukuman, sistem pilihanraya secara demokrasi untuk melantik pemimpin, peranan guru guru yang menjadi nadi dalam pembentukan diri pelajar.
Jadi aku rasa drama ni amat sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Kalau ada ibu bapa yang bimbang jenayah buli dalam drama tersebut akan terbawa-bawa terhadap anak mereka, mereka sepatutnya menerangkan akibat dari perbuatan tersebut seperti akan dimasukkan ke sekolah pemulihan akhak seperti dalam drama Juvana ni.



Para pelakon dalam Juvana ni ialah Bront Palarae, Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan, Eyka Farhana dan Beto Khusairy. Drama bersiri ni ada 13 episod, kalau ikut sinopsis, kisahnya tentang Daim Yahya seorang remaja yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya.


Sinopsis cerita: Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ hinggalah dia cukup umur kemudian dia akan dibicarakan di mahkamah. Dalam drama ni Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak  warden yang jahat, Raja tak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.

Macam menarik kan cerita Juvana ni, lagi lagi ada Bront dan Beto Khusairay heheh!! Daim kemudian mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila tu ) Cikgu Zakiah ni jadi baik le dalam drama Juvana ni. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan rakan samseng yang ada di sekolah tu. Kesian Daim ye.
Drama ni ada nilai nilai moral, bagi Nuriz drama ni lain dari yang lain sebab  takde kisah cinta dan perebutan harta di dalam dunia korporat. Mesti penonton dah jemu dengan kisah cinta dan dunia korporat dan perebutan harta, wang juta juta yang selalu menjadi tema drama melayu…kali ni tengok le cerita yang banyak pengajaran pulak.  ♥





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...