Pages

Monday, May 23, 2011

JUVANA Edisi 'Real' Punya


Siapa peminat drama JUVANA?? haha.. Actually aku pun memang minat citer tu.. Tapi entry kali ni aku bukan nak story psal citer tu.. Hari ni aku ada terbaca Kosmo tentang kes buli di sekolah pumulihan akhlak kat kedah nih.. Yang bestnyer bukan pelajar lelaki yang wat kecoh.. Pelajar perempuan lak yg jadi otai² kat situ.. huhu..



JITRA – Seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dia dipukul dua penghuni senior sebuah pusat pemulihan akhlak di sini sehingga retak rahang muka sebelah kiri dan bengkak pada pinggang dalam kejadian di sebuah surau asrama pusat itu pada Rabu lalu.
Pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Nerang dekat sini kini dirawat di Hospital Jitra dan akan menjalani pembedahan pada rahang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada 24 Mei ini.
Mangsa yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mendakwa, dia dipukul oleh dua penghuni asrama tersebut di surau kerana merungut ketika disuruh membasuh pinggan mangkuk dipakai dua penghuni senior itu.
“Saya merungut kerana kerap disuruh basuh pinggan mangkuk mereka dan selepas saya masuk ke surau dua orang penghuni senior tampar pipi dan tolak saya hingga terjatuh,” cerita mangsa ketika ditemui di wad Hospital Jitra di sini semalam.

p/s: agak agak korang la kan budak perempuan yang pukul tu kepala dia botak tak?? :p

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...