Pages

Tuesday, May 31, 2011

Hari Terakhir Praktikal


Hari ni 31 May 2011 adalah hari terakhir aku praktikal di firma akaun Johari & Co.. Seronok pun ada sedih pun ada untuk aku tinggal kan ofis aku setelah 6 bulan aku bekerja di sini.. Terima kasih kepada bos aku iaitu En Jo, dan staf staf laen iaitu En Zainol, dan Sharida kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dengan baik.. Aku beruntung bekerja di sini kerana tidak pernah di marahi seperti kawan2 aku yang laen yang selalu kena marah dengan bos dan staf2.. Huhu... Kesian kan... Apa2 pun aku harap firma ni akan terus maju pada masa akan datang.. Semoga dangan pengalaman ini akan menjadi pengalaman berguna untuk aku dalam dunia pekerjaan akan datang..



Kat sini aku selitkan sedkit gambar semasa aku praktikal.. Tapi gambar tak banyak la sbb aku sorang je budak praktikal.. Kalau Ramai budak praktikal boleh suruh depa amek gambar aku.. Takkan aku nak amek gambar sendiri pulak.. hahaha..
















Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Sunday, May 29, 2011

Wardina MHI Tersasul Malu..


Kesian kat wardina ni..


Dia tersasul dengan menyebut 'good bye' sedangkan rancangan MHI belum habis lagi.. Layan~~




Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Pen Yang Awesome


Sekali tengok macam best je.. bley wat hadiah cincin bertunang nih.. hehe..







nak order??? masuk http://www.ringpen.com/



Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Best Marriage Proposal In The World!!!



Perkahwinan adalah titik bahagia bagi pasangan yang bercinta.. Tapi adakah anda pernah terfikir cara untuk melamar bakal isteri anda??




Video ni sangat awesome lol... :)









Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Tahniah Barca!!!


Tahniah untuk team fevret aku barca.. Seperti yang dijangka barca berjaya menjadi juara dengan mengalahkan Manchester United 3-1.. Gol gol dijaringkan oleh Pedro, Messi dan Villa.. Manakala gol tunggal Manchester United dijaringkan oleh Rooney..






Tak sia sia aku bersengkang mata nak tengok Champions League punya pasal.. Sampai bengkak mata pi ofis pagi nih.. huhu..

Senarai nama pemain yang diturunkan..

Barca - Valdes, Alves (Puyol), Pique, Xavi, Villa (Keita), Iniesta, Messi, Mascherano, Busquets, Pedro (Afellay), Abidal

Man U - Van Der Sar, Evra, Ferdinand, Rooney, Giggs, Park Ji Sung, Hernandez, Vidic, Carrick (Scholes), Fabio (Nani), Valencia








Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Thursday, May 26, 2011

Tukar Jantina???



Sedang aku menonton berita semalam aku terkejut sebab ada kes seorang lelaki yang sudah tukar jantinanya memohon kepada mahkamah untuk menukar namanya.. Astaga.. Dah la tukar jantina ni haram sebab mengubah ciptaan Allah.. Tapi yang lawaknya dalam tv tu siap pakai tudung lagi.. Kalau dia free hair pn xkn dapat dosa sebab dia LELAKI..



Pelik sungguh dunia sekarang.. Mungkin ini salah satu tanda kiamat.. Memang sekarang ini dah banyak benda benda macam ni.. Tapi golongan seperti ini tidak berani bersuara.. Cuma sekarang ni mereka berani bersuara menuntut hak mereka.. Ini semua akibat pengaruh dengan barat yang terang terangan menghalalkan golongan seperti ini dalam undang2 mereka..





KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. –Harian Metro


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Champions League Final 2011


Dah tak sabar rasanya nak tengok final piala yang paling berprestij di eropah ni.. Pasti final ni menjanjikan persembahan terbaek untuk peminat bola sepak seluruh dunia kerana kedua dua pasukan (Barca & MU) adalah dua kelab terbaik di eropah sekarang ini dengan mempunyai pemain pemain world class punya.. 









Actually aku tak tahu nak sokong team mana.. Both of these teams aku memang minat giler.. Untuk EPL memang aku penyokong MU.. Untuk La liga memang aku penyokong Barca.. Penin penin.. Setelah aku duduk 'bermuhasabah' diri akhirnya aku nak sokong Barca untuk final nanti (28 May 2011)..

Antara messi dan rooney siapa yang akan lebih perform pada final nanti??

Promo Champion League Final 2011







Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Wednesday, May 25, 2011

Bersukan Atau Beriadah Memang Bagus Tapi...

Bersukan tu memang baik untuk kesihatan tapi jangan la pulak buat hal macam video nih.. Boleh mati sakit jantung kalau org tengok..




KAH KAH KAH KAH!!!

p/s: Majulah sukan untuk negara... Peace ♥


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Gorila Yang Menyerupai Manusia


Gorila ni memang bikin gempak satu Britain sebab cara dia berjalan memang sebijik macam manusia.. So cute.. ♥ Gorila ini yang diberi nama Ambam boleh dilihat di Port Lympne Wild Animal di England. Cuba bayangkan kalau kita ternampak kat shopping complex ke kat tengah bandar ke.. Mesti kita ingat maskot gorila yg dipakai oleh manusia.. haha.. Layan je foto foto nih..



Dia pun tau buat bajet tough macam Zul




Cute kan?? Ce tengok video ni plak.. 



sumber dari msnbc

p/s: Rasa macam teringin aku nak bela sekor.. huhu




Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Jom Cari Kerja!!!



Aku rasa sekarang macam dah jadi musim orang cari kerja.. Padahal memang sejak dari dulu lagi ramai penganggur tengah cari kerja.. huhu.. Maybe aku je yang rasa kowt sebab ramai sudaa kawan kawan aku yang grad.. Mesti best kan.. Aku ni bila la nak habis belajar pun tak tau le.. Tahniah untuk semua kawan kawan aku yang dah grad…




Orait.. Kat sini aku just nak share dengan kawan kawan aku yang dah grad tu dan juga untuk sesiapa jua yang sedang mencari kerja.. Kat sini aku nak bagi tips sikit la.. Sikit je.. Bukan banyak..

First thing yang anda semua kena buat mesti la cari kerja kan.. Tengok advertisement, usha usha website ke, paper ke, ataupun dari sumber sumber lain..  Nak pilih kerja tu tengok la dulu requirement dia.. jangan maen apply je.. Apply je sebanyak mana yang anda suka.. Yang penting apply.. Antara contoh website yang mengiklankan tawaran kerja ialah http://carikkerja.blogspot.comhttp://malaysiancareer.com/http://jawatankosongkerajaan.my/,  http://www.jobsmalaysia.gov.my, http://www.jobstreet.com.my dan banyak lagi... 

And then, masa nak apply tu kalau boleh anda prepare siap siap la resume anda tu.. Nak tau format resume anda cari sendiri la kat internet tu.. Kalau nak panduan untuk buat resume klik je kat link bawah ni..



Bila anda sudah mendapat feedback yang meminta anda menghadiri temuduga semestinya anda suka bukan?? Suka tu suka juga.. Tapi kena buat preparation betol betol.. Ini tips untuk menghadiri temuduga.
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.

  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.

  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.
Pakaian yang patut anda pakai semasa temuduga.. Sila lihat contoh di bawah..



Nak tau lebih lanjut sila masuk website ni.. http://www.ambang-kerjaya-impian.com

SEMOGA BERJAYA!!!!




Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Tuesday, May 24, 2011

Malaysia vs Chelsea



Saja aku nak inform.. 
Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia! Chelsea akan menentang pilihan Malaysia Julai nanti dan tiket akan mula dijual dari 20 Mei.



Dengan promosi bersama lawatan pasukan Blues itu, butik sukan Adidas akan memberikan pas-pas latihan Chelsea dengan pembelian tiket dari 20 hingga 29 Mei.
Tiket akan dijual pada harga RM58, RM68 sehingga RM108. Tiket-tiket VIP juga dijual terhad dengan harga RM388.
Anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011, 8.45 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menjangkakan sambutan hangat dari peminat bola sepak di serantau Asia Tenggara.
"Kami jangkakan ramai yang akan datang untuk perlawanan kali ini terutama sekali dari negara jiran seperti Brunei, Indonesi, Vietnam, Thailand dan Singapore," kata Julian.
Selain dari perlawanan, perlbagai aktivi menarik bakal disajikan kepada peminat seperti sesi tanda tangan pemain, klinik bola sepak, majlis kebajikan dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kelab rasmi penyokong Chelsea.



Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad gembira dengan perlawanan yang akan berlangsung itu.
"Ini peluang terbaik peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab ternama Liga Perdana Inggeris beraksi.
"Para peminat di Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini," kata Azzudin.
Para peminat boleh mendapatkan tiket di gedung-gedung Adidas dari 20 Mei serta di Ticketpro dari 30 Mei.
Talian hotline Ticketpro juga di buka di nombor 03-78807999 serta lawati laman web www.ticketpro.com.my


p/s : Asyik team EPL je yang datang malaysia.. bila nak tengok team La Liga pulak?? teringin nak tengok Barca...


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Lapangan Terbang Paling Stylo Di Dunia..

Apa yang akan anda lihat di bawah memang sesuatu yg menakjubkan.. Sekali tengok memang sebijik real punya.. Tapi airport ni hanyalah miniatur semata mata.. Memang style lah!!.. Ianya adalah airport miniatur terbesar di dunia dengan keluasan 150 meter persegi.. Airport ni di beri nama Knuffingen Airport.. Yang paling style nya kapal terbang siap boleh gerak dan fly lg.. Waw!!.. Tabik spring toing toing lah kat developer dia.. Airport miniatur ni mengambil masa 7 tahun untuk siap.. Tapi hasilnya memang power abis..




 haha.. style x??? nak tengok lagi style tgk video ni..








Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Video Paling Awesome Sepanjang Zaman

hahaha.. ni la video yg aku rasa paling awesome sepanjang zaman... gud job dude!!! layan~~~


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Monday, May 23, 2011

JUVANA Edisi 'Real' Punya


Siapa peminat drama JUVANA?? haha.. Actually aku pun memang minat citer tu.. Tapi entry kali ni aku bukan nak story psal citer tu.. Hari ni aku ada terbaca Kosmo tentang kes buli di sekolah pumulihan akhlak kat kedah nih.. Yang bestnyer bukan pelajar lelaki yang wat kecoh.. Pelajar perempuan lak yg jadi otai² kat situ.. huhu..



JITRA – Seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dia dipukul dua penghuni senior sebuah pusat pemulihan akhlak di sini sehingga retak rahang muka sebelah kiri dan bengkak pada pinggang dalam kejadian di sebuah surau asrama pusat itu pada Rabu lalu.
Pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Nerang dekat sini kini dirawat di Hospital Jitra dan akan menjalani pembedahan pada rahang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada 24 Mei ini.
Mangsa yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mendakwa, dia dipukul oleh dua penghuni asrama tersebut di surau kerana merungut ketika disuruh membasuh pinggan mangkuk dipakai dua penghuni senior itu.
“Saya merungut kerana kerap disuruh basuh pinggan mangkuk mereka dan selepas saya masuk ke surau dua orang penghuni senior tampar pipi dan tolak saya hingga terjatuh,” cerita mangsa ketika ditemui di wad Hospital Jitra di sini semalam.

p/s: agak agak korang la kan budak perempuan yang pukul tu kepala dia botak tak?? :p


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (2011) RMVB - DOWNLOAD


Release : 2011

Audio: English

Subtitles: 

Format: RMVB

Size : 458MB 

Runtime: 127MINS 





Download


fileserve 
part 1 
part 2

filesonic
part 1
part 2

**** password ----► z1rost upload








Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Thursday, May 19, 2011

Kisah Kami

Sedeh pula aku kalau tengok video ni.. Terkenangkan kawan-kawan lama.. Miss this moment.. Apa apa pun layan je la ye~~

Inilah kisah kami.. Kenangan kami.. Jiwa kami.. :p


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Oh Kantoi



Oh damn!! ni satu lagi citer menarik.. Apa perasaan anda bila mengetahui isteri/suami anda sama jenis dengan anda.. Wakaka.. Sure meloya tahap lahanait punya lah!! Wakaka.. 

Minati Khatua, 26 tahun, berasal dari Orissa, India terkejut beruk apabila mendapat tahu bahawa suami yang dikahwini nya merupakan seorang wanita..!! Ketika dipinang setahun yang lalu, suaminya, Sitakant Routray telah menghantar dowri ataupun wang hantaran yang banyak bagi membolehkan pinangannya diterima oleh keluarga pengantin perempuan. Syak wasangka terhadap suaminya bermula apabila suaminya cuba mengelak daripada menjalinkan hubungan intim dengan si isteri dengan menggunakan alasan keagamaan, tetapi apabila lebih setahun tidak bersama, si isteri membuat keputusan untuk menyiasat identiti sebenar suaminya.




“Saya cuba beberapa kali untuk menyiasat perkara sebenar tetapi selalu gagal. Suatu hari, ketika dia sedang mandi, saya membuka pintu bilik mandi dan terkejut apabila mendapati bahawa suami saya bukanlah lelaki sebenar.” akui Pn Minati sendiri kepada media.

Sumber dari www.esempoi.com


P/s: Please make sure bakal pasangan anda adalah jantina berlainan.. :p

Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

I Am Number Four (eng sub) - Download Single Link


Plot: Extraordinary teen John Smith (Pettyfer) is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events-his first love (Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

Rating: 6.3/10
Release Date: 18 February 2011(USA)
Director: D.J. Caruso
Genre: Action, Sci-Fi, Thriller
Language: English




Download

Fileserve
http://www.fileserve.com/file/zAgB2rt/IAmNo4.tar



FileSonic

http://www.filesonic.com/file/1012309754/IAmNo4.tar

Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Tsunami Dijangka Berlaku Hari Ini



Tsunami dijangka berlaku hari ini di seluruh panggung wayang seluruh Malaysia.. Nak tau sebab apa?? Sebabnya filem Malaysia terhangat 2011 iaitu Nur Kasih The Movie akan ditayangkan pada 19 Mei 2011 (hari ini).. Filem ini adalah sambungan dari drama yang pernah menjadi fenomena di kalangan penduduk Malaysia beberapa tahun lepas.. Dikatakan jumpah penonton nya melebihi !9 juta.. WOW!!! Hebat tu.. Persoalannya disini adakah filem ini mampu untuk memecahkan rekod Ngankung dikatakakan memperoleh kutipan RM10 juta... Kalau berdasarkan bilangan penonton yang mengikuti drama Nur Kasih tidak mustahil untuk filem ini memecahkan rekod ngankung.. Apa apa pun kita tunggu dan lihat bagaimana sambutan terhadap filem ini selepas habis ditanyangkan.. ☼ 

Sinopsis filerm

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.

Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.



p/s: Jom pakat pakat pi.. Jangan lupa bawa tisu eh.. :p


Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Bila Lelaki Merajuk


Perempuan ni kadang kadang tak sedar sama ada percakapan atau perbuatan mereka boleh menyebab kan si lelaki merajuk.. Lumrah manusia lelaki juga mempunyai hati dan perasaan.. Pada dasarnya lelaki memang susah untuk merajuk.. Lelaki hanya akan mudah merajuk apabila orang yang paling disayanginya melukakan hati dia.. Cara lelaki merajuk tetap cool berbanding dengan perempuan.. Lelaki tidak akan melenting sesuka hati.. Kecuali bila hati dia tengah serabut dan si perempuan ni pulak tak abis abis nak marah dan menyalahkan dia memang dia boleh melenting..

Antara tanda-tanda bila lelaki merajuk

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Kadang kadang lelaki berdiam diri untuk meredakan keadaan yang tegang.. Pernahkah perempuan terfikir??

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Sikap seperti ini menunjukkan dalam diri dia sedang memujuk hatinya sendiri.. Pernahkah perempuan terfikir??

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa dengan aweks atau face to face dengan aweks dia. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi"...tp sbenarnye snggup tahan lpr... Sikap seperti ini menunjukkan sikap yang wujud semulajadi pada diri lelaki iaitu EGO.. Semua lelaki mempunya ego yg tinggi.. Jadi jangan salahkan lelaki.. Pernahkah perempuan terfikir??

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling aweks dia geram. Dah lah tak nak cakap ngan aweks dia dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia). Ini lumrah bila lelaki merajuk.. Sebenarnya dia nak tengok aweks dia sanggup bersabar dengan kerenah dia atau tidak.. Pernahkah perempuan terfikir??

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. konon xnk bercakap ngan kita laaaa... Ini satu lagi sikap ego lelaki.. Lelaki ni dia nak sembunyikan perasaan dia.. Bukan hanya baca surat khabar.. Macam macam benda lagi yang lelaki akan buat untuk sembunyikan perasaan dia.. Pernahkah perempuan terfikir??

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Perempuan jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kerana confirm dia akan buat dek je! Bila lelaki merajuk akan terserlah ego dia.. Tapi salah perempuan gak sebab bila dah ada kat rumah tak mau nak pujuk.. Berleter lagi ada la.. Lebih baik keluar mengubat hati.. Pernahkah perempuan terfikir???

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! Dah memang betul.. Lelaki suka menyendiri bila merajuk.. Kelebihan lelaki adalah lelaki mempunyai kekuatan untuk memujuk diri sendiri.. Walaupun lelaki boleh pujuk diri sendiri perempuan jangan pulak tak berusaha untuk pujuk lelaki.. Bila hati lelaki dilukai perbuatan yang pertama adalah untuk menenangkan diri dan menghiburkan hatinya.. Mungkin dia akan pergi ke tempat tempat yang dia rasakan boleh meredakan hatinya.. Pernahkah perempuan terfikir??

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun... Yang ni biasa la.. Bila hati tengah panas lepas geram kat batang rokok tu la.. :)



Bila lelaki dah merajuk, perlu ke perempuan pujuk?

Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com

Wednesday, May 18, 2011

Langkawi 2011

Haaaa.. Ni aku nak citer la sikit pasal trip yang aku follow nih.. Trip ni kami pergi bulan lepas (aku tak ingt lorr).. Huhu.. Actually trip ni telah di plan oleh sahabtku fariz bersama ofismate beliau.. haha.. Aku ni cuma tukang follow je (orang dah ajak follow je la.. janji duit ada).. Followers yang tak ada kena mengena dengan ofis si fariz ni adalah aku, Sapp, dan juga si Zul tough (bajet tough) ..

Ni masa menunggu feri dekat jeti Kuala Perlis

Trip kami pada hari tu bermula pada Sabtu pagi.. Time aku, Sapp dan si Zul ni tengah sedap sedap tidor si Fariz ni call aku pukul 4 pagi.. Dia habaq dia dah on the way dari penang.. Actually kami dh janji nk jumpa dekat Tesco Mergong.. Fariz dengan ofismate beliau mai dari penang.. Aku, Sapp dan si Zul ni pulak tuggu si Fariz and the gang ni kt Aloq Staq je.. 

Tempat duduk special atas feri
Flying with hands 

Tepat Pukul 4.30 pagi aku pun kejut la 2 ekor mamat nih (Sapp dengan Zul).. Tapi paham paham je la nak bangun time tu memang baloq liat sikit.. haha.. Nak di pendekkan citer kami tiga orang pun sampai Tesco Mergong dalam pukul 5.30 pagi.. Hahaha.. Kena la sound se-das dengan si Fariz nih..

Dekat makam Mahsuri
Fariz, Faisal, Zul

Ok.. Ni kisah dekat jeti Kuala Perlis plak.. Kami suma sampai sana pukul 7.30 pg.. Terpaksa tunggu feri pukul 9 sebab yang pukul 8 punya dah abis da.. Sementara duk tunggu tu kami suma pi la breakfast kt kedai (pa ntah nama kedai tu). Perghhh!! makanan dia memang terbaek lah.. Kalau bagi kucing makan pun kucing tengok sebelah mata ja.. Dah la mahal.. Macam hampeh plak tu.. Nasib baek aku tak ingat nama kedai tu.. Kalau tak memang aku nak mention kt blog aku nih.. 

Teruja...
Friends
Kat langkawi tu kami sewa 2 bijik kereta sewa.. Banyak sangat tempat kami round pada hari Sabtu tu.. Aku nk habaq kat hampa pun tak larat.. haha.. Antara tempat tempat yang kami pi tu makam mahsuri, padang matsirat, pekan kuah, dan ada lagi tmpat tempat laen (aku tak ingat plak).. Kat sana kami menginap kat Pantai Cenang tapi aku tak ingat plak apa nama resort tu.. (ish.. awat aku banyak tak ingat nih??) 

Sapp buat kemas..
Pada hari kedua kami hanya pergi Under Water World dan jalan jalan sekitar Pantai Cenang.. Plan awal memang kami nak pi naek kereta kabel.. Tapi disebabkan faktor cuaca yang hujan dan berangin kami terpaksa batalkan...

Kenangan di Pantai Chenang
Lepas check out dari resort kami terus pi jeti untuk pulang.. Feri kami gerak pada pukul 2.30 petang.. Walaupun tak banyak tempat yang kami melawat tapi trip tu memang best memandangkan aku ni yang dah lama tak pi langkawi.. 

Posing dengan kereta sewa..



Baca Selanjutnya @ faisalsz.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...